4 Jika kamu mendengar laporan seperti itu, kamu harus menyiasat perkara itu dengan teliti. Jika benar bahawa perkara jahat itu sudah berlaku di Israel,
5 bawalah orang itu ke luar kota lalu rejamlah dia sampai mati.
6 Seseorang hanya boleh direjam sampai mati jika ada dua atau tiga orang saksi yang menyalahkan dia, tetapi dia tidak boleh direjam jika hanya ada seorang saksi.
7 Orang yang menjadi saksi itulah yang mesti melemparkan batu pertama, barulah semua orang lain melempari orang itu dengan batu. Dengan cara ini kamu membasmi kejahatan itu.
8 Mungkin ada beberapa perkara tentang hak milik, kecederaan, ataupun soal pembunuhan sengaja, atau tidak sengaja yang terlalu sukar diadili oleh hakim setempat. Apabila ada perkara seperti itu, segeralah pergi ke satu tempat ibadat yang dipilih oleh TUHAN, Allah kamu.
9 Di situ, ajukanlah perkara itu kepada imam-imam suku Lewi, dan kepada hakim yang bertugas pada waktu itu. Biarlah mereka mengadili perkara itu.
10 Mereka akan memberikan keputusan tentang perkara itu, dan kamu mesti melakukan dengan teliti apa yang dikatakan mereka kepada kamu.