2 Yang diterima mereka itu adalah warisan mereka, sebagaimana yang sudah dijanjikan TUHAN. Itulah sebabnya mereka tidak boleh memiliki tanah seperti suku-suku lain.
3 Apabila lembu atau domba dipersembahkan sebagai korban, maka bahagian bahu, rahang, dan perut binatang itu harus diberikan kepada imam.
4 Para imam harus diberikan hasil pertama daripada biji-bijian, wain, minyak zaitun, dan bulu domba.
5 TUHAN memilih suku Lewi antara semua suku kamu untuk mengabdi kepada-Nya sebagai imam selama-lamanya.
6 Sesiapa sahaja orang Lewi yang berasal dari kota mana pun di Israel, boleh datang ke satu tempat ibadat itu,
7 dan boleh mengabdi kepada TUHAN, Allahnya sebagai imam, seperti orang Lewi lain yang bertugas di sana.
8 Dia harus diberikan makanan sebanyak yang diterima oleh imam-imam lain, dan dia boleh menyimpan apa sahaja yang dikirim oleh keluarganya.”