6 Sesiapa sahaja orang Lewi yang berasal dari kota mana pun di Israel, boleh datang ke satu tempat ibadat itu,
7 dan boleh mengabdi kepada TUHAN, Allahnya sebagai imam, seperti orang Lewi lain yang bertugas di sana.
8 Dia harus diberikan makanan sebanyak yang diterima oleh imam-imam lain, dan dia boleh menyimpan apa sahaja yang dikirim oleh keluarganya.”
9 “Apabila kamu sampai ke tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu, jangan ikut perbuatan keji yang diamalkan oleh bangsa-bangsa yang tinggal di sana.
10 Jangan persembahkan anak-anak kamu sebagai korban yang dibakar di atas mazbah. Jangan biar sesiapa pun di kalangan kamu menjadi tukang tenung, atau mencari petanda, atau menggunakan jampi
11 atau ilmu sihir, atau mengadakan hubungan dengan roh orang mati.
12 TUHAN, Allah kamu membenci orang yang melakukan perbuatan keji itu. Itulah sebabnya Dia mengusir bangsa-bangsa itu dari tanah itu apabila kamu datang.