15 “Satu orang saksi tidak cukup untuk membuktikan kesalahan seseorang. Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang saksi untuk membuktikan bahawa seseorang itu bersalah.
16 Jika seseorang cuba menuduh orang lain bahawa dia melakukan jenayah,
17 kedua-dua mereka mesti pergi ke satu tempat ibadat itu. Di situ mereka akan diadili oleh para imam dan hakim yang bertugas pada waktu itu.
18 Para hakim mesti menyiasat perkara itu dengan teliti. Jika seseorang mendakwa sesama bangsanya dengan tuduhan palsu,
19 dia mesti dijatuhi hukuman yang dimaksudkan untuk orang yang didakwanya. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu.
20 Kemudian setiap orang akan mendengar apa yang sudah berlaku. Mereka akan takut, dan tiada seorang pun akan berani melakukan perkara sejahat itu lagi.
21 Dalam hal-hal demikian, jangan tunjukkan belas kasihan. Hukuman itu harus berupa: nyawa ganti nyawa, mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, dan kaki ganti kaki.”