12 Bawalah wanita itu ke rumah kamu. Di situ dia akan mencukur kepalanya dan memotong kukunya,
13 serta menyalin pakaian. Wanita itu mesti tinggal di rumah kamu dan berkabung bagi ibu bapanya selama satu bulan. Selepas itu, barulah kamu boleh mengahwini dia.
14 Jika pada kemudian hari kamu tidak mengingininya lagi, bebaskanlah dia. Kamu tidak boleh memperlakukan dia sebagai hamba atau menjual dia, kerana kamu telah memaksa dia bersetubuh dengan kamu.”
15 “Andaikata ada seorang yang mempunyai dua orang isteri, dan kedua-dua orang isteri itu melahirkan anak lelaki, tetapi anak yang sulung bukan anak isteri kesayangannya.
16 Apabila orang itu hendak menentukan pembahagian hartanya kepada kedua-dua orang anaknya itu, dia tidak boleh memihak kepada anak isteri kesayangannya, lalu memberi anak itu bahagian harta yang menjadi hak anak sulung.
17 Dia mesti memberikan bahagian harta dua kali ganda kepada anak sulungnya, walaupun anak itu bukan anak isteri kesayangannya. Seorang bapa mesti mengakui anak sulungnya, dan memberi dia bahagian harta yang menjadi warisannya menurut peraturan.”
18 “Andaikata ada seorang yang mempunyai anak yang keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada ibu bapanya meskipun mereka menghukum dia.