19 Ibu bapa anak itu harus membawa dia ke hadapan para pemimpin kota, tempat tinggal mereka, lalu minta supaya anak itu diadili.
20 Ibu bapa itu harus berkata kepada para pemimpin, ‘Anak kami keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada kami; dia juga pemboros dan pemabuk.’
21 Kemudian kaum lelaki di kota itu harus merejam anak itu sampai mati. Dengan demikian, kamu akan membasmi kejahatan itu. Setiap orang di Israel akan mendengar tentang peristiwa itu dan menjadi takut.”
22 “Jika seorang telah dihukum mati kerana melakukan jenayah, dan mayatnya digantung pada tiang,
23 maka mayat itu tidak boleh dibiarkan tergantung di situ sehingga keesokan harinya. Mayat itu mesti dikubur pada hari itu juga, kerana mayat yang dibiarkan tergantung pada tiang mendatangkan kutuk daripada Allah atas tanah itu. Kebumikanlah mayat orang itu supaya kamu tidak menajiskan tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.