3 Kemudian para pemimpin dari kota yang terdekat dengan tempat mayat itu ditemui mesti memilih seekor lembu muda yang belum pernah digunakan untuk bekerja.
4 Mereka harus membawa lembu itu ke suatu tempat dekat sungai kecil yang airnya tidak pernah kering, dan tanah di situ tidak pernah dibajak atau ditanami apa pun. Di situ, mereka harus mematahkan leher lembu itu.
5 Imam-imam suku Lewi juga harus pergi ke sana, kerana mereka mesti mengadili setiap perkara yang melibatkan keganasan. TUHAN, Allah kamu sudah memilih mereka untuk mengabdi kepada-Nya dan untuk memberkati orang demi nama-Nya.
6 Selepas itu semua pemimpin dari kota yang terdekat dengan tempat mayat itu ditemui, mesti mencuci tangan di atas lembu itu,
7 sambil berkata, ‘Kami tidak membunuh orang ini dan kami tidak tahu siapa yang membunuh dia.
8 Ya TUHAN, ampunilah umat-Mu Israel yang sudah Engkau selamatkan dari Mesir. Ampunilah kami dan jangan anggap kami bertanggungjawab atas pembunuhan orang yang tidak bersalah.’
9 Oleh itu, dengan melakukan apa yang dituntut oleh TUHAN, kamu tidak lagi bertanggungjawab atas pembunuhan itu.”