7 sambil berkata, ‘Kami tidak membunuh orang ini dan kami tidak tahu siapa yang membunuh dia.
8 Ya TUHAN, ampunilah umat-Mu Israel yang sudah Engkau selamatkan dari Mesir. Ampunilah kami dan jangan anggap kami bertanggungjawab atas pembunuhan orang yang tidak bersalah.’
9 Oleh itu, dengan melakukan apa yang dituntut oleh TUHAN, kamu tidak lagi bertanggungjawab atas pembunuhan itu.”
10 “Apabila TUHAN, Allah kamu memberi kamu kemenangan dalam peperangan, lalu kamu mengambil tawanan perang,
11 mungkin di kalangan mereka kamu melihat seorang wanita yang kamu suka, dan ingin kamu kahwini.
12 Bawalah wanita itu ke rumah kamu. Di situ dia akan mencukur kepalanya dan memotong kukunya,
13 serta menyalin pakaian. Wanita itu mesti tinggal di rumah kamu dan berkabung bagi ibu bapanya selama satu bulan. Selepas itu, barulah kamu boleh mengahwini dia.