1 “Orang yang sudah dikembiri atau yang dipotong zakarnya tidak boleh menjadi umat TUHAN.
2 Orang yang lahir luar nikah dan semua keturunannya sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN.
3 Orang Amon dan orang Moab serta keturunan mereka sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN.
4 Mereka tidak mahu memberi kamu makanan dan air ketika kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir. Mereka juga mengupah Bileam anak Beor, dari kota Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.