16 Dia boleh tinggal di bandar mana sahaja yang dipilihnya. Jangan perlakukan dia dengan kejam.
17 Orang Israel, baik lelaki mahupun perempuan, tidak boleh menjadi pelacur di kuil-kuil berhala.
18 Wang yang diperoleh dengan cara ini tidak boleh dibawa ke dalam Rumah TUHAN, Allah kamu untuk memenuhi nazar. Pelacur di kuil berhala dibenci oleh TUHAN.
19 Apabila kamu meminjamkan wang, makanan, atau apa sahaja kepada sesama orang Israel, jangan minta faedah.
20 Kamu boleh minta faedah apabila kamu meminjamkan wang kepada orang bangsa asing, tetapi kamu tidak boleh berbuat demikian apabila meminjamkan wang kepada orang sebangsa kamu. Taatilah peraturan ini, barulah TUHAN, Allah kamu akan memberkati segala yang kamu lakukan di tanah yang akan kamu duduki.
21 Jika kamu bernazar kepada TUHAN, Allah kamu, jangan lalai menunaikan nazar itu. TUHAN akan menuntut nazar kamu itu, dan kamu berdosa jika tidak menunaikannya.
22 Kamu tidak berdosa jika kamu tidak bernazar kepada TUHAN;