3 Orang Amon dan orang Moab serta keturunan mereka sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN.
4 Mereka tidak mahu memberi kamu makanan dan air ketika kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir. Mereka juga mengupah Bileam anak Beor, dari kota Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.
5 Tetapi TUHAN, Allah kamu tidak mahu mendengarkan Bileam. Sebaliknya Dia mengubah kutuk itu menjadi berkat, kerana Dia mengasihi kamu.
6 Selama kamu hidup dan sampai selama-lamanya, jangan lakukan apa-apa untuk menolong bangsa-bangsa itu, atau menjadikan mereka makmur.
7 Jangan hina orang Edom, kerana mereka sanak saudara kamu. Jangan hina orang Mesir, kerana dahulu kamu tinggal di negeri mereka.
8 Generasi mereka yang ketiga dan seterusnya, boleh menjadi umat TUHAN.”
9 “Pada waktu peperangan, ketika kamu berkhemah, jagalah diri kamu dan hindarilah apa sahaja yang akan menajiskan kamu.