6 Selama kamu hidup dan sampai selama-lamanya, jangan lakukan apa-apa untuk menolong bangsa-bangsa itu, atau menjadikan mereka makmur.
7 Jangan hina orang Edom, kerana mereka sanak saudara kamu. Jangan hina orang Mesir, kerana dahulu kamu tinggal di negeri mereka.
8 Generasi mereka yang ketiga dan seterusnya, boleh menjadi umat TUHAN.”
9 “Pada waktu peperangan, ketika kamu berkhemah, jagalah diri kamu dan hindarilah apa sahaja yang akan menajiskan kamu.
10 Apabila seseorang menjadi najis kerana mengeluarkan mani pada waktu malam, dia mesti keluar dari perkhemahan dan tinggal di sana.
11 Menjelang petang dia harus mandi, dan apabila matahari terbenam barulah dia boleh balik ke perkhemahan.
12 Kamu mesti menyediakan tempat di luar perkhemahan untuk membuang air besar.