8 Generasi mereka yang ketiga dan seterusnya, boleh menjadi umat TUHAN.”
9 “Pada waktu peperangan, ketika kamu berkhemah, jagalah diri kamu dan hindarilah apa sahaja yang akan menajiskan kamu.
10 Apabila seseorang menjadi najis kerana mengeluarkan mani pada waktu malam, dia mesti keluar dari perkhemahan dan tinggal di sana.
11 Menjelang petang dia harus mandi, dan apabila matahari terbenam barulah dia boleh balik ke perkhemahan.
12 Kamu mesti menyediakan tempat di luar perkhemahan untuk membuang air besar.
13 Apabila kamu hendak membuang air besar, bawalah juga sepotong kayu selain perlengkapan kamu untuk menggali lubang dan menutupinya pula.
14 Jagalah supaya perkhemahan kamu tidak najis, kerana TUHAN, Allah kamu bersama-sama kamu di perkhemahan itu untuk melindungi kamu dan memberi kamu kemenangan atas musuh. Jangan lakukan apa-apa yang tidak senonoh, yang akan menyebabkan TUHAN meninggalkan kamu.”