6 Anak lelaki sulung mereka itu harus dianggap sebagai anak orang yang sudah meninggal, supaya dia mempunyai keturunan di kalangan bangsa Israel.
7 Tetapi jika saudara orang yang sudah meninggal itu tidak mahu berkahwin dengan balu itu, balu itu harus pergi kepada para pemimpin kota dan berkata, ‘Saudara mendiang suami saya tidak mahu melakukan kewajipannya. Dia tidak mahu memberi saudaranya keturunan di kalangan bangsa Israel.’
8 Kemudian para pemimpin kota harus memanggil orang itu dan berkata-kata dengan dia. Jika dia masih enggan berkahwin dengan balu itu,
9 maka balu itu harus menghampiri dia di hadapan para pemimpin kota. Kemudian balu itu harus menanggalkan salah satu kasut saudara mendiang suaminya itu dan meludahi mukanya, sambil berkata, ‘Inilah yang terjadi kepada orang yang tidak mahu memberikan keturunan kepada saudaranya.’
10 Di Israel, keluarga orang itu akan disebut ‘keluarga orang yang kasutnya ditanggalkan.’ ”
11 “Jika dua orang lelaki berkelahi, lalu isteri salah seorang lelaki itu cuba menolong suaminya dengan meramas kemaluan lelaki lawan suaminya,
12 potonglah tangan perempuan itu. Jangan kasihani dia.