9 maka balu itu harus menghampiri dia di hadapan para pemimpin kota. Kemudian balu itu harus menanggalkan salah satu kasut saudara mendiang suaminya itu dan meludahi mukanya, sambil berkata, ‘Inilah yang terjadi kepada orang yang tidak mahu memberikan keturunan kepada saudaranya.’
10 Di Israel, keluarga orang itu akan disebut ‘keluarga orang yang kasutnya ditanggalkan.’ ”
11 “Jika dua orang lelaki berkelahi, lalu isteri salah seorang lelaki itu cuba menolong suaminya dengan meramas kemaluan lelaki lawan suaminya,
12 potonglah tangan perempuan itu. Jangan kasihani dia.
13-14 Apabila kamu menggunakan timbangan atau ukuran, jangan tipu orang.
15 Gunakanlah timbangan dan ukuran yang tepat, supaya kamu panjang umur di tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.
16 TUHAN, Allah kamu membenci orang yang menipu.”