15 ‘Terkutuklah orang yang membuat berhala daripada batu, kayu, atau logam, lalu menyembahnya dengan sembunyi-sembunyi. TUHAN membenci penyembahan berhala.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
16 ‘Terkutuklah orang yang menghina ibu atau bapa mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
17 ‘Terkutuklah orang yang memindahkan penanda sempadan tanah jiran mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
18 ‘Terkutuklah orang yang menyesatkan orang buta.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
19 ‘Terkutuklah orang yang merampas hak orang asing, anak yatim piatu, dan balu.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
20 ‘Terkutuklah orang yang mempermalukan bapa mereka kerana menyetubuhi salah seorang isteri bapa mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
21 ‘Terkutuklah orang yang melakukan hubungan jenis dengan binatang.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’