20 ‘Terkutuklah orang yang mempermalukan bapa mereka kerana menyetubuhi salah seorang isteri bapa mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
21 ‘Terkutuklah orang yang melakukan hubungan jenis dengan binatang.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
22 ‘Terkutuklah orang yang bersetubuh dengan saudara perempuan sekandung, ataupun dengan saudara perempuan tiri.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
23 ‘Terkutuklah orang yang bersetubuh dengan ibu mentua mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
24 ‘Terkutuklah orang yang melakukan pembunuhan dengan sembunyi-sembunyi.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
25 ‘Terkutuklah orang yang menerima upah untuk membunuh orang yang tidak bersalah.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
26 ‘Terkutuklah orang yang tidak mentaati hukum dan ajaran Allah.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’ ”