3 Tuliskanlah semua hukum ini pada batu-batu itu. Apabila kamu tiba di tanah yang kaya dan subur yang dijanjikan TUHAN, Allah nenek moyang kamu kepada kamu,
4 dan kamu berada di seberang Sungai Yordan, dirikanlah batu-batu itu di atas Gunung Ebal seperti yang aku perintahkan sekarang ini, dan lepakanlah batu-batu itu.
5 Buatlah sebuah mazbah daripada batu-batu yang belum pernah dipahat dengan besi,
6 kerana mazbah yang kamu buat untuk TUHAN, Allah kamu mesti dibuat daripada batu-batu yang tidak dipahat. Kamu harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan bakarlah semuanya di atas mazbah itu.
7 Persembahkanlah juga korban untuk memohon berkat TUHAN, dan makanlah korban itu di situ, serta bersukacita di hadapan TUHAN, Allah kamu.
8 Pada batu-batu yang dilepa itu, tulislah dengan jelas setiap perkataan daripada hukum Allah itu.”
9 Selepas itu Musa, bersama dengan imam-imam Lewi, berkata kepada semua orang Israel, “Dengarlah, hai umat Israel, dan berikanlah perhatian. Pada hari ini kamu telah menjadi umat TUHAN, Allah kamu.