5 Buatlah sebuah mazbah daripada batu-batu yang belum pernah dipahat dengan besi,
6 kerana mazbah yang kamu buat untuk TUHAN, Allah kamu mesti dibuat daripada batu-batu yang tidak dipahat. Kamu harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan bakarlah semuanya di atas mazbah itu.
7 Persembahkanlah juga korban untuk memohon berkat TUHAN, dan makanlah korban itu di situ, serta bersukacita di hadapan TUHAN, Allah kamu.
8 Pada batu-batu yang dilepa itu, tulislah dengan jelas setiap perkataan daripada hukum Allah itu.”
9 Selepas itu Musa, bersama dengan imam-imam Lewi, berkata kepada semua orang Israel, “Dengarlah, hai umat Israel, dan berikanlah perhatian. Pada hari ini kamu telah menjadi umat TUHAN, Allah kamu.
10 Oleh itu taatilah TUHAN, Allah kamu dan lakukanlah segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini.”
11 Kemudian Musa berkata kepada umat Israel,