9 Selepas itu Musa, bersama dengan imam-imam Lewi, berkata kepada semua orang Israel, “Dengarlah, hai umat Israel, dan berikanlah perhatian. Pada hari ini kamu telah menjadi umat TUHAN, Allah kamu.
10 Oleh itu taatilah TUHAN, Allah kamu dan lakukanlah segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini.”
11 Kemudian Musa berkata kepada umat Israel,
12 “Selepas kamu menyeberangi Sungai Yordan, suku Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Yusuf, dan Benyamin harus berdiri di atas Gunung Gerizim, apabila berkat diucapkan untuk umat Israel.
13 Apabila kutuk diucapkan, suku Ruben, Gad, Asyer, Dan, Zebulon, dan Naftali harus berdiri di atas Gunung Ebal.
14 Orang Lewi harus mengucapkan kata-kata berikut dengan suara kuat:
15 ‘Terkutuklah orang yang membuat berhala daripada batu, kayu, atau logam, lalu menyembahnya dengan sembunyi-sembunyi. TUHAN membenci penyembahan berhala.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’