17 Tetapi jika kamu tidak taat dan tidak mahu mendengar, dan membiarkan diri disesatkan untuk menyembah tuhan-tuhan lain,
18 tentu kamu akan dibinasakan. Umur kamu tidak akan panjang di tanah di seberang Sungai Yordan, yang tidak lama lagi akan kamu duduki. Ingatlah! Aku memberikan amaran kepada kamu hari ini di tempat ini.
19 Sekarang kamu boleh memilih antara hidup dan maut, antara berkat Allah dan kutuk-Nya. Aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi terhadap keputusan kamu. Pilihlah hidup.
20 Kasihilah TUHAN, Allah kamu, taatlah dan setialah kepada-Nya, maka kamu dan keturunan kamu akan panjang umur di tanah yang dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub.”