41 bahawa Aku akan mengasah pedang-Ku yang berkilauan,dan menegakkan keadilan.Aku akan membalas dendam terhadap musuh-Ku,dan menghukum orang yang membenci Aku.
42 Anak panah-Ku akan dilumuri darah mereka,dan pedang-Ku akan membunuh semua orang yang menentang Aku.Tidak seorang pun yang melawan Aku akan hidup;bahkan orang terluka dan orang tawanan pun akan mati.’
43 Hai bangsa-bangsa, pujilah umat TUHAN.TUHAN menghukum semua orang yang membunuh umat-Nya;Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya,dan mengampunkan dosa umat-Nya.”
44 Musa dan Yosua anak Nun mengucapkan nyanyian itu supaya umat Israel dapat mendengarnya.
45 Selepas Musa menyampaikan ajaran Allah kepada umat itu,
46 dia berkata, “Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.
47 Ajaran ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi ajaran ini adalah nyawa kamu. Taatilah semuanya supaya kamu panjang umur di tanah di seberang Sungai Yordan, tanah yang segera akan kamu duduki.”