45 Selepas Musa menyampaikan ajaran Allah kepada umat itu,
46 dia berkata, “Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.
47 Ajaran ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi ajaran ini adalah nyawa kamu. Taatilah semuanya supaya kamu panjang umur di tanah di seberang Sungai Yordan, tanah yang segera akan kamu duduki.”
48 Pada hari itu juga TUHAN berfirman kepada Musa,
49 “Pergilah ke Pergunungan Abarim di tanah Moab, yang bertentangan dengan kota Yerikho. Dakilah Gunung Nebo, dan pandanglah tanah Kanaan yang segera akan Aku berikan kepada umat Israel.
50 Engkau akan meninggal di atas gunung itu seperti saudaramu Harun meninggal di atas Gunung Hor,
51 kerana kamu berdua tidak setia kepada-Ku di hadapan umat Israel. Semasa engkau berada dekat mata air Meriba, yang berhampiran kota Kades di gurun Zin, engkau tidak menghormati Aku di hadapan umat Israel.