11 Ya TUHAN, tolonglah suku mereka menjadi perkasa,semoga Engkau berkenan kepada pekerjaan mereka.Hancurkanlah semua musuh mereka,biarlah musuh mereka tidak bangkit semula.”
12 Tentang suku Benyamin, dia berkata,“Inilah suku yang dikasihi dan dilindungi oleh TUHAN;Dia menjaga mereka sepanjang masa,Dia tinggal di tengah-tengah mereka.”
13 Tentang keturunan Yusuf, dia berkata,“Semoga TUHAN memberkati tanah mereka dengan hujan,dan dengan air dari bawah tanah.
14 Semoga TUHAN memberkati tanah mereka dengan buah-buahan yang masak di pokok,dan memberi mereka banyak buah pada setiap musim.
15 Semoga bukit-bukit purba mereka,diliputi buah-buahan yang istimewa baiknya.
16 Semoga tanah mereka dipenuhi segala sesuatu yang baik,tanah yang diberkati dengan kebaikan TUHAN,Dia yang pernah berfirman dari semak yang bernyala.Semoga berkat-berkat ini dicurahkan kepada keturunan Yusuf,kerana dialah pemimpin di kalangan saudara-saudaranya.
17 Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan,dan tanduk lembu jantan hutan.Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu,dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu.Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa,dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”