12 Tentang suku Benyamin, dia berkata,“Inilah suku yang dikasihi dan dilindungi oleh TUHAN;Dia menjaga mereka sepanjang masa,Dia tinggal di tengah-tengah mereka.”
13 Tentang keturunan Yusuf, dia berkata,“Semoga TUHAN memberkati tanah mereka dengan hujan,dan dengan air dari bawah tanah.
14 Semoga TUHAN memberkati tanah mereka dengan buah-buahan yang masak di pokok,dan memberi mereka banyak buah pada setiap musim.
15 Semoga bukit-bukit purba mereka,diliputi buah-buahan yang istimewa baiknya.
16 Semoga tanah mereka dipenuhi segala sesuatu yang baik,tanah yang diberkati dengan kebaikan TUHAN,Dia yang pernah berfirman dari semak yang bernyala.Semoga berkat-berkat ini dicurahkan kepada keturunan Yusuf,kerana dialah pemimpin di kalangan saudara-saudaranya.
17 Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan,dan tanduk lembu jantan hutan.Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu,dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu.Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa,dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”
18 Tentang suku Zebulon dan Isakhar, dia berkata,“Semoga Zebulon makmur kerana perdagangan di perantauan,dan semoga kekayaan Isakhar bertambah-tambah di perkhemahan.