16 Semoga tanah mereka dipenuhi segala sesuatu yang baik,tanah yang diberkati dengan kebaikan TUHAN,Dia yang pernah berfirman dari semak yang bernyala.Semoga berkat-berkat ini dicurahkan kepada keturunan Yusuf,kerana dialah pemimpin di kalangan saudara-saudaranya.
17 Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan,dan tanduk lembu jantan hutan.Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu,dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu.Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa,dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”
18 Tentang suku Zebulon dan Isakhar, dia berkata,“Semoga Zebulon makmur kerana perdagangan di perantauan,dan semoga kekayaan Isakhar bertambah-tambah di perkhemahan.
19 Mereka menjemput bangsa asing ke gunung;di sana mereka mempersembahkan korban yang diperkenankan.Mereka mendapatkan kekayaan dari laut,dan dari pasir di sepanjang pantai.”
20 Tentang suku Gad, dia berkata,“Pujilah Allah yang meluaskan kawasan mereka.Gad menunggu-nunggu seperti seekor singa,hendak mencarik-carikkan lengan atau kulit kepala.
21 Mereka mengambil tanah yang terbaik untuk mereka sendiri.Mereka mendapat bahagian seorang pemimpin.Mereka mematuhi perintah dan hukum TUHAN,ketika para pemimpin Israel berkumpul bersama-sama.”
22 Tentang suku Dan, dia berkata,“Dan seperti seekor singa mudayang melompat keluar dari Basan.”