5 Kemudian Musa, hamba TUHAN itu, meninggal di tanah Moab, sebagaimana yang sudah difirmankan TUHAN.
6 TUHAN mengebumikan dia di suatu lembah di Moab, yang bertentangan dengan kota Bet-Peor. Tetapi sampai hari ini tidak seorang pun tahu tempat kubur itu.
7 Musa berumur seratus dua puluh tahun ketika dia meninggal. Waktu dia meninggal, badannya masih kuat dan penglihatannya masih terang.
8 Umat Israel berkabung bagi Musa selama tiga puluh hari di dataran Moab.
9 TUHAN mengurniakan kebijaksanaan kepada Yosua anak Nun kerana Musa telah melantik dia menjadi penggantinya. Umat Israel taat kepada Yosua serta melakukan perintah yang diberikan TUHAN kepada mereka dengan perantaraan Musa.
10 Sejak itu, tidak ada nabi seperti Musa di Israel; TUHAN berfirman berhadapan muka dengan Musa.
11 Tidak ada lagi nabi yang pernah melakukan mukjizat dan keajaiban seperti yang dilakukan Musa; TUHAN menyuruh Musa melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menentang raja Mesir, pegawai-pegawai raja dan seluruh negeri itu.