14 TUHAN menyuruh aku mengajar kamu semua hukum yang mesti kamu patuhi di tanah yang segera akan kamu rebut dan duduki.”
15 “Pada masa TUHAN berfirman kepada kamu dari dalam api di Gunung Sinai, kamu tidak melihat apa-apa bentuk pun. Oleh itu, pastikanlah supaya
16 kamu tidak berdosa dengan membuat berhala bagi diri kamu sendiri dalam bentuk apa pun, sama ada berbentuk orang lelaki atau perempuan,
17 binatang, burung,
18 binatang menjalar, atau ikan.
19 Jangan tergoda untuk menyembah dan mengabdi kepada yang kelihatan di langit, iaitu matahari, bulan, dan bintang. TUHAN, Allah kamu telah memberikan benda-benda itu kepada semua bangsa lain untuk disembah.
20 Tetapi kamu adalah bangsa yang sudah diselamatkan-Nya dari Mesir, tempat yang bagaikan relau yang menyala. Dia membawa kamu keluar dari negeri itu supaya kamu menjadi umat-Nya sendiri sebagaimana keadaan kamu hari ini.