33 Pernahkah ada bangsa yang tetap hidup setelah mendengar suatu tuhan bersabda dari dalam api sebagaimana yang kamu alami?
34 Pernahkah ada suatu tuhan yang berani mengambil suatu umat daripada bangsa lain lalu menjadikan umat itu umatnya sendiri, seperti yang dilakukan oleh TUHAN, Allah kamu bagi kamu di Mesir? Di depan mata kamu sendiri Dia telah menggunakan kuasa dan kekuatan-Nya yang besar; Dia mendatangkan wabak dan peperangan, melakukan mukjizat dan keajaiban, serta menyebabkan perkara-perkara dahsyat berlaku.
35 TUHAN telah melakukan semua perkara itu supaya kamu tahu bahawa Dia satu-satunya Allah, dan tidak ada yang lain.
36 Dia membenarkan kamu mendengar suara-Nya dari langit supaya Dia dapat mengajar kamu; di bumi ini Dia membenarkan kamu melihat api-Nya yang suci, dan dari api itu Dia berfirman kepada kamu.
37 Oleh sebab Dia mengasihi nenek moyang kamu, Dia memilih kamu; dengan kuasa-Nya yang besar, Dia sendiri membawa kamu keluar dari Mesir.
38 Dia mengusir bangsa-bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu, supaya Dia boleh membawa kamu ke tanah mereka, dan memberikan tanah itu kepada kamu. Hingga sekarang tanah itu masih menjadi milik kamu.
39 Oleh itu ingatlah hari ini dan jangan lupa bahawa TUHAN satu-satunya Allah di langit dan di bumi; tidak ada yang lain.