1 “TUHAN, Allah kamu akan membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki, dan Dia akan mengusir banyak bangsa dari tanah itu. Semasa kamu bergerak maju, Dia akan mengusir tujuh bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu: orang Het, Girgasi, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi.
2 Apabila TUHAN, Allah kamu menyerahkan bangsa-bangsa ini kepada kamu, dan kamu mengalahkan mereka, kamu mesti membunuh mereka semua. Jangan ikat perjanjian dengan mereka, dan jangan kasihani mereka.
3 Jangan berkahwin dengan mereka, dan jangan biar anak-anak kamu berkahwin dengan mereka,
4 kerana mereka akan menjauhkan anak-anak kamu daripada TUHAN, sehingga anak-anak kamu itu menyembah tuhan-tuhan lain. Jika hal itu berlaku, TUHAN akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.
5 Oleh itu, robohkanlah mazbah-mazbah bangsa-bangsa itu, hancurkanlah tiang-tiang batu keramat, tumbangkanlah lambang-lambang Dewi Asyera, dan bakarlah berhala-berhala mereka.