20 TUHAN sangat murka kepada Harun sehingga mahu membinasakannya. Maka pada masa itu juga, aku berdoa untuk Harun.
21 Aku mengambil benda celaka yang sudah kamu buat itu, iaitu lembu daripada logam, lalu membuangnya ke dalam api. Kemudian aku memecah-mecahkannya dan menghancurkannya menjadi debu, lalu membuangnya ke dalam sungai yang mengalir dari gunung itu.
22 Pada masa kamu di Tabera, Masa, dan Kibrot-Taawa, kamu juga menyebabkan TUHAN, Allah kamu murka.
23 Apabila Dia menyuruh kamu meninggalkan Kades-Barnea dengan perintah supaya menduduki tanah yang akan diberikan-Nya kepada kamu itu, kamu memberontak terhadap-Nya. Kamu tidak percaya dan tidak taat kepada-Nya.
24 Sejak aku mengenal kamu, kamu sentiasa memberontak terhadap TUHAN.
25 Oleh itu aku bersujud di hadapan TUHAN selama empat puluh hari dan empat puluh malam, kerana aku tahu bahawa Dia bertekad untuk membinasakan kamu.
26 Kemudian aku berdoa kepada-Nya, ‘Ya TUHAN Raja, jangan binasakan umat-Mu, yang sudah Engkau selamatkan dan bawa keluar dari Mesir dengan kekuatan dan kuasa-Mu yang besar.