5 TUHAN membenarkan kamu mengambil tanah mereka itu bukan kerana kamu baik dan melakukan yang benar. TUHAN mengusir mereka kerana mereka jahat, dan kerana Dia hendak memenuhi perjanjian yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub.
6 Yakinlah bahawa bukan kerana kamu layak, kamu diberikan tanah yang subur oleh TUHAN kamu. Bukan begitu! Kamu memang umat yang keras kepala.
7 Ingatlah bagaimana kamu menyebabkan TUHAN, Allah kamu murka di padang gurun. Sejak kamu meninggalkan Mesir sampai pada hari kamu tiba di sini, kamu telah memberontak terhadap-Nya.
8 Bahkan di Gunung Sinai pun kamu menyebabkan TUHAN sedemikian murka sehingga Dia mahu membinasakan kamu.
9 Aku mendaki gunung itu untuk menerima dua buah batu tulis yang ditulisi perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan kamu. Aku tinggal di sana selama empat puluh hari dan empat puluh malam, dan aku tidak makan atau minum apa-apa pun.
10 Kemudian TUHAN memberikan dua buah batu tulis itu kepadaku. Dengan tangan-Nya sendiri Dia menulisi batu itu dengan apa yang sudah difirmankan-Nya kepada kamu dari api, ketika kamu berkumpul di kaki gunung.
11 Selepas empat puluh hari dan empat puluh malam, TUHAN memberikan dua buah batu tulis itu kepadaku. Batu tulis itu ditulisi-Nya dengan perjanjian itu.