7 Saya bersumpah demi Raja Nebukadnezar yang hidup dan perkasa, raja seluruh dunia yang telah mengutus tuan untuk mengurus segala yang hidup. Kerana jasa tuan, bukan manusia saja menjadi hambanya, tapi binatang buas, ternakan dan burung-burung pun hidup untuk Raja Nebukadnezar dan keluarganya.