Yudit 16 BMDC

Lagu Pujian Yudit

1 Inilah nyanyian Yudit,“Pujilah Allahku, bernyanyilah bagi-Nyadengan iringan gendang dan canang.Nyanyikanlah lagu pujian bagi-Nya,pujilah Dia dan sanjunglah nama-Nya,

2 oleh sebab Tuhan itu Allah yang mengakhiri perang;Dia menempatkan perkhemahan-Nya di tengah umat-Nyadan menyelamatkan aku daripada mereka yang mengejar aku.

3 Orang Asyur turun dari pergunungan di utara,askar mereka puluhan ribu banyaknya.Pasukan mereka menyumbat sungai-sungai,pasukan berkudanya menutup bukit-bukit.

4 Mereka mengancam akan membakar negeri kita,menumpas pemuda-pemuda kita dengan pedang,mencampakkan bayi-bayi kita,mengambil anak-anak kita sebagai tawanandan gadis-gadis kita sebagai jarahan.

5 Tetapi mereka dicegah oleh Tuhan Yang Maha Kuasadengan perantaraan seorang wanita.

6 Pahlawan mereka gugur, bukan oleh askar muda,atau kerana diserang dan dibunuh raksasa.Dia dilumpuhkan oleh Yudit anak Merari,dengan kecantikan wajahnya.

7-8 Untuk memberi kemenangankepada bangsa Israel yang tertindas,dia menanggalkan pakaian balunyadan memakai baju linen untuk memikatnya.Minyak wanginya harum semerbak,rambutnya terikat dengan pita.

9 Kasut Yudit yang indah menarik perhatiannya,kecantikan Yudit memikat hatinya,lalu pedang memotong tengkuknya.

10 Keberanian Yudit membuat orang Persia takut,tekadnya menjadikan orang Media terkejut.

11 Bangsaku yang lemah dan tertindastelah meneriakkan pekik pertempuran,sehingga musuh takut dan gempar,lalu berbalik melarikan diri.

12 Kita ini keturunan hamba abdi,tetapi berhasil mengalahkan musuh.Kita menumpaskan mereka seperti hamba pelarian;mereka binasa oleh tentera Tuhan.

13 Aku mahu menyanyikan lagu baru bagi Allahku.Ya Tuhan, Engkau agung dan mulia,Engkau kuat tidak terkalahkan.

14 Semua ciptaan-Mu harus mengabdi kepada-Mu,oleh sebab mereka dijadikan atas perintah-Mudan dihidupkan oleh nafas-Mu;tiada yang dapat melawan perintah-Mu.

15 Gunung-gunung dan lautan gementar,batu meleleh seperti lilin di hadapan-Mu.Tetapi orang yang taat kepada-Muakan mendapat belas kasihan.

16 Korban wangi-wangian terlalu kecil,lebih kecil lagi lemak korban untuk menyenangkan hati Tuhan.Tetapi orang yang takut kepada Tuhan,dialah yang besar selama-lamanya.

17 Celakalah bangsa yang melawan bangsa kita!Mereka akan dihukum oleh Tuhan Yang Maha Kuasapada hari penghakiman.Dia akan mendatangkan api dan cacinguntuk membinasakan tubuh mereka.Mereka akan menangis kesakitanuntuk selama-lamanya.”

Kemasyhuran Yudit

18 Pada waktu semua orang itu tiba di Yerusalem, mereka melakukan upacara penyucian lalu menyembah Allah. Mereka mempersembah korban untuk menyenangkan hati Tuhan, korban sukarela dan persembahan lainnya.

19 Kepada Allah, Yudit mempersembahkan segala milik Holofernes yang diberikan kepadanya. Kelambu yang telah diambilnya dari tempat tidur Holofernes, diserahkannya kepada Tuhan sebagai korban penunai nazar.

20 Tiga bulan lamanya peristiwa itu dirayakan oleh mereka di hadapan Rumah Tuhan di Yerusalem, dan Yudit tinggal di situ bersama-sama mereka.

21 Sesudah perayaan itu berakhir, setiap orang pulang ke rumah masing-masing. Yudit pulang ke Betulia dan tinggal di rumah warisan suaminya. Namanya termasyhur di seluruh negeri Israel.

22 Dia dilamar oleh banyak orang, tetapi sepeninggal Manasye suaminya, dia tidak pernah berkahwin lagi.

23-24 Dia menjadi sangat tua di rumahnya di Betulia. Sebelum meninggal dia membahagikan miliknya kepada sanak saudaranya yang dekat dan membebaskan perempuan yang menjadi hambanya. Dia meninggal pada umur 105 tahun dan dikuburkan di samping suaminya. Tujuh hari lamanya orang Israel berkabung atas kematiannya.

25 Selama Yudit masih hidup dan bertahun-tahun sesudah dia meninggal, tiada seorang pun yang berani mengganggu Israel.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16