6 Majulah berperang melawan seluruh wilayah barat, oleh sebab penduduknya telah melawan perintah beta.
7 Suruhlah mereka menyediakan tanah dan air sebagai tanda bahawa mereka menyerah. Beta akan melampiaskan kemurkaan beta kepada mereka. Beta membiarkan tentera beta menginjak-injak setiap jengkal tanah mereka dan merompak harta kekayaan mereka.
8 Lembah-lembah akan diisi dengan semua orang mereka yang terluka. Sungai-sungai akan meluap kerana penuh dengan mayat.
9 Orang yang masih hidup akan ditawan dan dibawa ke hujung-hujung bumi.
10 Tetapi engkau, Holofernes, harus mendahului beta dan menduduki semua wilayah mereka. Setelah mereka menyerah, tahanlah mereka sehingga beta datang untuk menghukum mereka.
11 Kalau mereka melawan, jangan kasihani mereka. Bunuhlah mereka dan rampaslah seluruh wilayah mereka,
12 oleh sebab beta sudah bersumpah demi hidup beta dan demi kejayaan kerajaan beta, dan beta bertekad melaksanakannya.