3 Rumah-rumah, seluruh tanah, ladang-ladang gandum, semua ternakan besar dan kecil, dan segala perkhemahan hamba sekalian, tersedia untuk digunakan sesuka hati tuanku.
4 Semua penduduk kota-kota hamba sekalian, menjadi hamba tuanku. Sudilah tuanku datang dan bertindak sebagaimana tuanku anggap baik.”
5 Para utusan menyampaikan pesan itu kepada Holofernes,
6 lalu Holofernes membawa tenteranya turun ke pantai Laut Tengah. Di setiap kota berkubu ditempatkannya pasukan pengawal. Juga dipilihnya beberapa orang penduduk kota untuk menganggotai tentera bantuan.
7 Holofernes disambut dengan karangan bunga, tari-tarian, dan bunyi gendang oleh penduduk kota-kota itu dan daerah sekitarnya.
8 Tetapi Holofernes menghancurkan semua tempat pemujaan dewa dan menebang pohon-pohon keramat mereka. Dia sudah diperintahkan untuk membinasakan semua dewa di seluruh bumi, supaya semua suku dan bangsa menyembah Raja Nebukadnezar sahaja dan memuja baginda sebagai dewa.
9 Kemudian Holofernes melewati Lembah Esdrelon dekat dengan Dotaim yang terletak di hadapan pergunungan besar Yudea,