7 Holofernes disambut dengan karangan bunga, tari-tarian, dan bunyi gendang oleh penduduk kota-kota itu dan daerah sekitarnya.
8 Tetapi Holofernes menghancurkan semua tempat pemujaan dewa dan menebang pohon-pohon keramat mereka. Dia sudah diperintahkan untuk membinasakan semua dewa di seluruh bumi, supaya semua suku dan bangsa menyembah Raja Nebukadnezar sahaja dan memuja baginda sebagai dewa.
9 Kemudian Holofernes melewati Lembah Esdrelon dekat dengan Dotaim yang terletak di hadapan pergunungan besar Yudea,
10 lalu berkhemah di antara Gaibai dan Skitopolis. Dia tinggal selama sebulan di situ untuk mengumpulkan bekalan bagi tenteranya.