3 Dia berkata kepada mereka, “Kamu tinggal di Kanaan. Oleh sebab itu ceritakanlah kepadaku tentang bangsa yang tinggal di pergunungan itu. Kota-kota manakah yang didiami oleh mereka? Berapakah jumlah pasukan mereka dan apakah sumber kekuatan dan kuasa mereka? Siapakah raja yang mengetuai tenteranya?
4 Daripada semua bangsa di barat, mengapa hanya mereka yang tak datang untuk bertemu dengan aku?”
5 Lalu Akhior, pemimpin bangsa Amon, menjawab begini, “Sudilah tuan mendengarkan cerita saya tentang orang yang mendiami pergunungan dekat dengan khemah tuan itu. Saya tak berbohong kepada tuan.
6 Mereka keturunan orang Babilonia,
7-8 yang meninggalkan adat istiadat nenek moyang mereka dan menyembah Allah Yang Maha Tinggi yang dikenali oleh mereka. Kemudian mereka diusir dari negeri mereka kerana tak mahu menyembah dewa-dewa nenek moyang mereka. Lalu mereka lari ke Mesopotamia dan tinggal lama di sana.
9 Kemudian Allah mereka menyuruh mereka meninggalkan Mesopotamia dan pergi ke negeri Kanaan. Mereka menetap di situ dan menjadi kaya kerana memiliki banyak emas, perak, dan ternakan.
10 Ketika negeri Kanaan dilanda kebuluran, mereka pergi ke Mesir dan tinggal di negeri itu selama mereka mendapat nafkah. Di situ mereka berkembang menjadi bangsa yang besar, sehingga jumlah mereka tak dapat dihitung.