17 Maka ditulisnya sepucuk surat kepada Yonatan. Kandungan surat itu sebagai berikut:
18 “Raja Aleksander kepada Saudara Yonatan, salam!
19 Kami telah mendengar bahawa saudara seorang yang gagah berani dan layak menjadi sahabat raja.
20 Oleh itu pada hari ini kami melantik saudara menjadi Imam Agung daripada bangsa saudara dan memberi gelaran ‘Sahabat Raja’ kepada saudara. Kiranya saudara menjadi sekutu kami dan tetap bersahabat dengan kami.” Raja Aleksander juga mengirim sehelai baju labuh kerajaan dan sebuah mahkota emas kepada Yonatan.
21 Dalam bulan tujuh tahun 160 pada Perayaan Pondok Daun, Yonatan memakai pakaian Imam Agung. Dia membentuk sepasukan tentera dan melengkapinya dengan banyak senjata.
22 Apabila Raja Demetrius mendengar hal itu, baginda sangat sedih dan bertitah,
23 “Bagaimana kita dapat membiarkan Raja Aleksander mendahului kita? Baginda sudah memperkuat kedudukannya dengan menjadikan orang Yahudi sahabatnya.