26 Kami sangat gembira mendengar bahawa saudara-saudara sudah menepati semua kewajipan daripada perjanjian kita. Saudara-saudara masih setia kepada kami dan tidak bergabung dengan musuh kami.
27 Apabila saudara-saudara tetap setia kepada kami, tindakan saudara-saudara akan kami balas dengan kebaikan.
28 Saudara-saudara akan kami beri banyak anugerah dan pengecualian daripada banyak cukai.
29 Dengan surat ini seluruh bangsa Yahudi kami bebaskan daripada kewajipan membayar cukai biasa, cukai garam, dan cukai-cukai khas untuk raja.
30 Selain itu mulai hari ini saudara-saudara kami bebaskan daripada kewajipan membayar sepertiga daripada hasil gandum dan separuh daripada hasil buah-buahan kepada kami. Mulai hari ini dan untuk selama-lamanya kami tidak akan menuntut pembayaran dari negeri Yudea dan ketiga-tiga buah wilayah yang dahulunya menjadi sebahagian daripada Samaria dan Galilea, yang sekarang bercantum dengan Yudea.
31 Yerusalem dan daerah sekitarnya harus diakui sebagai kota suci dan dikecualikan daripada semua cukai.
32 Kami juga melepaskan kuasa kami atas kubu di Yerusalem dan menyerahkannya kepada Imam Agung. Dia boleh menempatkan askar-askar pilihannya di situ untuk menjaganya.