29 Dengan surat ini seluruh bangsa Yahudi kami bebaskan daripada kewajipan membayar cukai biasa, cukai garam, dan cukai-cukai khas untuk raja.
30 Selain itu mulai hari ini saudara-saudara kami bebaskan daripada kewajipan membayar sepertiga daripada hasil gandum dan separuh daripada hasil buah-buahan kepada kami. Mulai hari ini dan untuk selama-lamanya kami tidak akan menuntut pembayaran dari negeri Yudea dan ketiga-tiga buah wilayah yang dahulunya menjadi sebahagian daripada Samaria dan Galilea, yang sekarang bercantum dengan Yudea.
31 Yerusalem dan daerah sekitarnya harus diakui sebagai kota suci dan dikecualikan daripada semua cukai.
32 Kami juga melepaskan kuasa kami atas kubu di Yerusalem dan menyerahkannya kepada Imam Agung. Dia boleh menempatkan askar-askar pilihannya di situ untuk menjaganya.
33 Semua orang Yahudi yang menjadi tahanan perang di mana sahaja di wilayah kerajaan kami, dibebaskan tanpa wang tebusan. Mereka semua akan dibebaskan daripada cukai, dan juga daripada cukai ternakan.
34 Bagi semua orang Yahudi di seluruh kerajaan kami, hari-hari Sabat, Perayaan Bulan Baru dan hari-hari lainnya yang sudah ditetapkan, tiga hari sebelum dan tiga hari sesudah hari-hari perayaan itu, merupakan hari perdagangan bebas dan bebas daripada tagihan hutang.
35 Pada hari-hari itu tidak ada orang yang berhak menuntut bayaran atau mengganggu saudara-saudara tentang perkara apa pun.