39 Pendapatan dari kota Ptolemais dan daerah jajahannya kami hadiahkan kepada Rumah Allah di Yerusalem untuk membiayai perbelanjaan ibadat.
40 Setiap tahun kami akan menyumbangkan 15,000 keping wang perak daripada pendapatan raja yang diperolehi dari tempat yang layak.
41 Semua sisa wang negara yang belum dibayar oleh pegawai negara, mulai sekarang akan diberikan seluruhnya, seperti mana pada tahun-tahun yang lalu untuk pekerjaan di Rumah Allah.
42 Selain itu kami menghapuskan cukai tahunan sebanyak 5,000 keping wang perak daripada pendapatan Rumah Allah. Wang itu untuk para imam yang menyelanggarakan ibadat di Rumah Allah.
43 Siapa sahaja yang berhutang kepada raja atau yang mempunyai hutang lain, lalu mencari perlindungan di Rumah Allah di Yerusalem atau di mana sahaja di halaman rumah itu akan bebas, dan hartanya yang ada dalam batas-batas kerajaan kami tidak akan disita.
44 Semua perbelanjaan untuk membina dan memperbaiki Rumah Allah akan dibayar daripada pendapatan raja.
45 Biarlah perbelanjaan membina tembok-tembok Yerusalem semula, kubu-kubu pertahanan di sekelilingnya dan tembok-tembok lain di Yudea juga dibayar daripada pendapatan raja.”