64 Ketika orang yang menuduhnya melihat bahawa Yonatan diberi pakaian kerajaan dan kehormatan, serta mendengar pengisytiharan itu, mereka semua melarikan diri.
65 Raja memberi kehormatan kepada Yonatan dengan memasukkannya di kalangan utama sahabat raja. Dia juga dilantik menjadi panglima dan gabenor wilayahnya.
66 Lalu Yonatan pulang ke Yerusalem dengan gembira dan selamat.
67 Dalam tahun 165 Demetrius yang Kedua putera Raja Demetrius yang Pertama meninggalkan Kreta dan tiba di Siria, negeri nenek moyangnya.
68 Apabila mendengar hal itu Raja Aleksander menjadi cemas, lalu kembali ke Antiokhia, ibu kota Siria.
69 Sementara itu Raja Demetrius melantik Apolonius kembali menjadi gabenor Siria Besar. Apolonius membentuk tentera yang besar lalu berkhemah dekat dengan Yamnia. Dia mengirim pesan ini kepada Yonatan, Imam Agung:
70 “Tuanlah satu-satunya yang memberontak terhadap kami. Oleh sebab tuan pula kami dijadikan bahan tertawaan dan ejekan. Mengapakah tuan menunjukkan kuasa tuan di pergunungan untuk melawan kami?