71 Kalau tuan memang percaya kepada tentera tuan, turunlah menghadapi kami di dataran supaya kita dapat mengadu kekuatan. Tuan akan melihat bahawa pasukan semua kota ada di pihak kami.
72 Terlebih dahulu, baiklah tuan menyelidiki siapa kami dan siapa sekutu kami. Tuan akan menyedari bahawa tuan tidak boleh bertahan terhadap kami. Nenek moyang tuan terpaksa melarikan diri sampai dua kali di negeri mereka sendiri.
73 Jangan harap tuan dapat bertahan terhadap pasukan berkuda dan tentera kami yang sekuat ini di dataran. Di sini tidak ada batu sebesar kerikil pun untuk tempat bersembunyi dan tidak ada tempat untuk lari.”
74 Apabila Yonatan menerima pesan Apolonius, dia sangat tersinggung. Dipilihnya 10,000 orang askar, lalu mereka berangkat dari Yerusalem. Simon abangnya juga datang membawa pasukan pembantu.
75 Lalu mereka berkhemah dekat kota Yope. Mereka tidak diizinkan masuk oleh penduduk kota, kerana di situ sudah ada tentera pendudukan Apolonius. Tetapi Yonatan menyerang kota itu.
76 Kerana ketakutan, penduduk kota membuka pintu gerbangnya sehingga Yonatan dapat menguasai kota itu.
77 Apabila mendengar hal itu, Apolonius membawa 3,000 orang pasukan tentera berkuda dan pasukan berjalan kaki yang amat besar. Dia berpura-pura menuju ke kota Asdod. Tetapi sementara itu dia mara ke dataran dengan mengharapkan kekuatan pasukan berkudanya.