8 Tentera pendudukan itu sangat ketakutan ketika mendengar bahawa raja telah memberi kuasa kepada Yonatan untuk mengumpulkan pasukan.
9 Mereka menyerahkan semua tawanan kepada Yonatan, dan dia mengembalikan mereka kepada ibu bapa mereka.
10 Lalu Yonatan menetap di Yerusalem dan mula membina kota itu semula.
11 Dia memerintahkan para pekerja untuk membina tembok-tembok di sekeliling Bukit Sion dengan batu-batu persegi besar, sehingga bukit itu menjadi kubu. Hal itu dilakukan oleh mereka.
12 Semua orang asing di kubu-kubu yang dibina oleh Bakhides melarikan diri.
13 Masing-masing meninggalkan tempat penjagaannya dan pulang ke negerinya sendiri.
14 Tetapi sejumlah orang Yahudi yang telah meninggalkan peraturan-peraturan Taurat Musa, masih menetap di Bet-Zur, tempat mereka melarikan diri.