81 Tetapi anak buah Yonatan bertahan seperti yang diperintahkan oleh Yonatan, dan pasukan berkuda musuh menjadi lelah.
82 Sesudah pasukan berkuda itu kepenatan, tiba-tiba Simon muncul dengan pasukannya. Dia menyerang dan menggempur pasukan tentera berjalan kaki musuh. Mereka tercerai-cerai lalu melarikan diri.
83 Pasukan berkuda bertaburan di dataran, lalu melarikan diri ke Asdod dan mencari perlindungan di kuil Dagon, dewa mereka.
84 Tetapi Yonatan membakar kota itu serta kuil Dagon yang ada di situ, dan semua orang yang berlindung di dalamnya mati terbakar. Kampung-kampung di sekitarnya juga dirampas dan dibakar.
85 Pada hari itu musuh yang mati kerana pedang atau api berjumlah lebih kurang 8,000 orang.
86 Kemudian Yonatan meninggalkan tempat itu dan berkhemah dekat kota Askelon. Dia disambut oleh penduduk kota dengan kehormatan besar.
87 Lalu dia dan anak buahnya kembali ke Yerusalem dengan membawa banyak barang jarahan.