84 Tetapi Yonatan membakar kota itu serta kuil Dagon yang ada di situ, dan semua orang yang berlindung di dalamnya mati terbakar. Kampung-kampung di sekitarnya juga dirampas dan dibakar.
85 Pada hari itu musuh yang mati kerana pedang atau api berjumlah lebih kurang 8,000 orang.
86 Kemudian Yonatan meninggalkan tempat itu dan berkhemah dekat kota Askelon. Dia disambut oleh penduduk kota dengan kehormatan besar.
87 Lalu dia dan anak buahnya kembali ke Yerusalem dengan membawa banyak barang jarahan.
88 Apabila Raja Aleksander mendengar apa yang telah dilakukan Yonatan, baginda memberi kehormatan yang lebih besar lagi kepadanya.
89 Baginda menghadiahkan sebuah kancing emas yang biasanya hanya diberikan kepada kaum kerabat diraja, dan menyerahkan kota Ekron dan daerah sekitarnya kepada Yonatan sebagai milik peribadinya.