43 Tetapi sekarang baiklah tuan mengirim orang untuk menolong beta berperang, oleh sebab semua pasukan beta sudah memberontak.”
44 Maka Yonatan mengirim 3,000 orang askar yang gagah berani ke Antiokhia. Raja suka sekali dengan kedatangan mereka.
45 Tetapi 120,000 orang penduduk kota telah berkumpul di pusat kota dengan maksud untuk membunuh raja.
46 Apabila orang ramai itu menduduki jalan-jalan dan mula menyerang, raja melarikan diri ke dalam istana.
47 Lalu raja meminta pertolongan pasukan Yahudi, dan mereka semua berkumpul di sekeliling baginda. Mereka berserakan di seluruh kota dan membunuh kira-kira 100,000 orang.
48 Mereka menyelamatkan raja lalu merampas kota itu dan membakarnya sehingga musnah.
49 Apabila orang ramai melihat bahawa kota mereka sudah dikuasai sepenuhnya oleh orang Yahudi, mereka berkecil hati dan berteriak-teriak meminta belas kasihan kepada raja. Kata mereka,