47 Lalu raja meminta pertolongan pasukan Yahudi, dan mereka semua berkumpul di sekeliling baginda. Mereka berserakan di seluruh kota dan membunuh kira-kira 100,000 orang.
48 Mereka menyelamatkan raja lalu merampas kota itu dan membakarnya sehingga musnah.
49 Apabila orang ramai melihat bahawa kota mereka sudah dikuasai sepenuhnya oleh orang Yahudi, mereka berkecil hati dan berteriak-teriak meminta belas kasihan kepada raja. Kata mereka,
50 “Berdamailah dengan kami! Jangan biarkan orang Yahudi terus memerangi kami dan kota ini!”
51 Para pemberontak melemparkan senjata mereka dan berdamai. Maka orang Yahudi sangat dihormati oleh raja dan semua orang di dalam kerajaan. Kemudian mereka kembali ke Yerusalem dengan membawa banyak barang jarahan.
52 Kedudukan Raja Demetrius sebagai raja diperkukuh dan negaranya aman dan tenteram.
53 Tetapi baginda mengingkari semua janjinya dan berbalik melawan Yonatan. Baginda tidak membalas kebaikan Yonatan terhadap baginda, sebaliknya baginda sangat menyusahkan dia.