64 Maka berangkatlah dia untuk berperang melawan mereka, sedangkan Simon abangnya ditinggalkan di Yudea.
65 Simon berkhemah di depan kota Bet-Zur, mengepung kota itu dan lama sekali bertempur dengan penduduknya.
66 Akhirnya mereka meminta damai, dan Simon bersetuju. Tetapi dia mengusir mereka dan menduduki kota. Lalu ditempatkannya tentera pendudukan di situ.
67 Sementara itu Yonatan dan pasukannya berkhemah dekat Tasik Genesaret. Pagi-pagi lagi mereka berangkat ke dataran Hazor.
68 Tetapi tentera musuh menghadapi mereka di situ, setelah meninggalkan sejumlah orang di pergunungan untuk mengadang orang Yahudi. Jadi sementara tentera musuh berhadapan dengan Yonatan,
69 semua orang itu keluar dari tempat persembunyian mereka lalu melancarkan serangan.
70 Seluruh tentera Yonatan melarikan diri. Tidak seorang pun yang tinggal, kecuali dua orang panglima pasukan, iaitu Matatias anak Absalom, dan Yudas anak Kalfi.